Sunday, June 16, 2013

JANGAN BELI BARANG ONLINE DI FACEBOOK!

ELAKKAN MEMBELI BARANGAN SECARA ONLINE DI FACEBOOK!!!

1. TIADA RESIT PEMBELIAN
2. TIADA JAMINAN KUALITI 
3. TIADA ALAMAT KEDAI ATAU SYARIKAT PEMBEKAL
4. TIDAK DIDAFTARKAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
4. RISIKO PENIPUAN ATAU PENYAMARAN
5. BELI DAHULU DAPAT KEMUDIAN..DOT...DOT..DOT...
6. IMEJ PRODUK MUNGKIN BERBEZA SELEPAS PEMBELIAN


Assalamualaikum, aku nk bincangkan bersama blogger2 sekalian mengenai Risiko Pembelian Online Di Facebook. Terdahulu ingin aku maklumkan kepada semua yang aku adalah seorang pekerja di sebuah kilang sebagai pekerja QA/QC Inspector, tugas aku sebagai seorang QA/QC banyak memberikan cabaran dan tekanan kepada diri aku sendiri dan orang disekitar aku. Cara kerja aku sebagai QA/QC memang nampak mudah ditempat kerja, berjalan berlenggang sahaja pada waktu lapang tapi di sebalik itu banyak benda yang perlu aku jalani setiap hari di tempat kerja, berdepan dengan kualiti produk, ragam manusia, waktu rehat, rungutan dari pelanngan, arahan daripada orang atasan, cuaca yang tidak menentu, fizikal badan, dan bermacam-macam lagi aku tempuhi. Apa kaitannya dengan RISIKO PEMBELIAN ONLINE DI FACEBOOK???

JAWAPANNYA SAYA ULANG SEKALI LAGI


ELAKKAN MEMBELI BARANGAN SECARA ONLINE DI FACEBOOK!!!

1. TIADA RESIT PEMBELIAN
2. TIADA JAMINAN KUALITI 
3. TIADA ALAMAT KEDAI ATAU SYARIKAT PEMBEKAL
4. TIDAK DIDAFTARKAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
4. RISIKO PENIPUAN ATAU PENYAMARAN
5. BELI DAHULU DAPAT KEMUDIAN..DOT...DOT..DOT...
6. IMEJ PRODUK MUNGKIN BERBEZA SELEPAS PEMBELIAN


YA! Memang ada kaitannya dengan isu yang aku nk ceritakan disini, sebagai seorang yang obses dengan gadjet moden pada masa ini, aku pantang sangat tengok barang-barang yang canggih berada di pasaran. Ceritanya bermula pada suatu hari aku telah menerima undangan untuk menghadiri acara secara maya di Facebook, ia bukan suatu perjumpaan tetapi ia adalah tempat di mana semua orang menyertai acara pembelian barang-barang secara ONLINE menerusi akaun Facebook anda. Di acara Facebook ini aku telah diundang oleh seseorang yang tidak dikenali untuk menyertai acara tersebut, pada mulanya aku agak was-was dengan acara ini namun setalah diamati satu persatu halaman Facebook (Facebook Page) aku berasakan suatu kelainan apabila acara tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ribuan rakyat Malaysia dari seluruh negeri. Berbagai jenis jualan dipamerkan menerusi gambar dan kata-kata yang manis serta memikat hati. Pada acara tersebut Skroll Mouse aku terhenti di suatu tempat, mata aku amat teruja selepas mengamati gambar tersebut, sudah lama aku mengidamkan aksesori telefon yang mahal untuk telefon aku ini, walaupun smartphone aku tidak setanding IPhone tetapi jika memiliki aksesori terbut pasti ia adalah sesuatu yang amat menarik. Powerbank, itulah aksesori telefon yang menjadi tarikan peminat gadjet pada masa kini. Powerbank merupakan gadjet yang agak jarang didapati di sekitar kawasan aku, pernah aku ternampak powerbank dengan 7000mAh sahaja tetapi harganya mencecah Ringgit Malaysia 250.00 dijual. Dengan hati yang bergelora pada ketika itu aku abaikan niat untuk membeli powerbank tersebut dengan bajet yang tidak seberapa, tetapi apabila aku ternampak promosi Powerbank bernilai kurang dari RM100, fokus aku terus berkata aku perlu membeli aksesori ini sebagai alat bantuan kecemasan ketika bateri smartphone aku habis diluar kawasan.

Aku segera menghubungi penjual Powerbank tersebut untuk mendapatkan kepastian, ternyata pertanyaan aku tersebut berbalas juga, aku mendapat respond yang baik. Urusan pembelian Powerbank aku akhirnya dilangsungkan keesokkan harinya selepas pulang dari kerja, 2 atau 3 hari selepas itu aku menerima barangan yang dipesan tetapi dengan penjelasan yang agak meragukan, sebagai pekerja QA/QC inspektor aku mula tidak sedap hati dengan kata-kata yang diucapkan oleh penjual tetapi sifat aku sendiri yang suka akan risiko aku memberanikan diri untuk menerima syarat-syarat yang diperakukan olehnya.

Powerbank yang aku terima setelah 2 @ 3 hari aku pesan agak memuaskan hati aku, aku dapat bagi 6/10 markah sahaja. Ya, aku akui yang pembelian aku pada dasarnya memang salah tapi sekadar mencuba itulah sifat aku, aku menanggung risiko sekiranya ditipu, berbagai2 gambaran bermain dalam fikiran aku, adakah aku akan menerima Powerbank seperti yang aku lihat di halaman Facebook atau gimik sahaja?? Syukur Alhamdulillah, aku tidak ditipu tetapi dari segi kualiti memang aku kelaskan dalam kategori 'REJECT'! Butang ON/OFF tidak berfungsi seperti yang diimpikan, untuk transfer power dr powerbank ke smartphone aku cuma perlu connect sahaja kedua-dua barang tersebut menggunakan wayar USB. Butang ON/OFF ibarat suis lampu sekiranya aku nak on lampu LED!

Selepas menerima pesanan barangan tersebut, seorang kenalan aku juga berminat untuk membeli Powerbank tersebut. Aku yang tengah excited terima barangan, tanpa berfikir panjang menerima wang untuk membeli sebuah Powerbank seperti aku juga. Selepas beberapa kali mencuba Powerbank tersebut aku masih lagi teruja lantas menghantar pesanan ringkas kepada penjual tersebut untuk membuat 1 lagi tempahan. Pada mulanya, aku sangkakan pesanan yang aku minta sama seperti Powerbank yang aku terima, tapi selepas berbincang dengan penjual tersebut dia memberitahu yang stok untuk barang tersebut telah habis, dia  menawarkan kepada aku Powerbank yang kuasanya sedikit rendah tetapi pada harga yang sama dan warna seperti yang dipesan. Akan tetapi selepas beberapa kali berbincang, ia bagaikan trick oleh pihak penjual seperti 'CLEARANCE STOCK' dengan menyatakan powerbank yang aku pesan tiada warna seperti yang aku jangkakan, so sekali lagi aku terima Powerbank tersebut dengan POWER yang sedikit rendah berbanding power Powerbank milik aku cth: Powerbank aku power 15000xx tapi power Powerbank kawan aku nie sedikit rendah la dengan cth 13000xx..

TRICK PENJUAL FACEBOOK
1. STOK
2. HARGA
3. PILIHAN
4. BELIAN

Dalam masa 4 @ 5 hari selepas pesanan tersebut aku terima, aku amat teruja sekali lagi, sebagai orang yang gila gadjet aku x pasal-pasal buka bungkusan Powerbank yang kwn aku minx beli tu, dah lumrah hidup aku keja QC kilang, memang tabiat aku pun dok test kualiti barang sebelum ACCEPT sesuatu barang, hehe. Tapi alangkah terkejutnya aku bila aku test powerbank yang baru diterima, langsung tidak berfungsi seperti yang aku harapkan. Hah! Geramnya AKU!!! @#$%&* ...walaupun Powerbank yang milik aku berfungsi selepas disambungkan menggunakan wayar USB, tetapi lain pulak dengan Powerbank milik kawan aku nie, selepas di sambungkan wayar USB dari powerbank ke smartphone, ia langsung x brfungsi.

Aku terus menghantar mesej di akaun Facebook milik penjual terbabit yang pada ketika itu sedang ONLINE, keadaan aku pada masa itu amat mengecewakan apabila dia terus OFFLINE  Facebook miliknya. Aku mula gelisah dengan situasi, barangan yang aku order tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Pada malam tersebut, penjual terbabit mula membalas mesej di akaun Facebook milik aku. Dia menyatakan bahawa mungkin Powerbank aku mempunyai masalah tetapi tidak menyatakan untuk menukarkan Powerbank aku dengan yang baru, selang beberapa minit barulah dia menyatakan bahawa pembekalnya dapat menggantikan Powerbank aku dengan yang baru, tetapi kos penghantaran Powerbank aku kepada pembekalnya metilah ditanggung pihak aku, apa kejadah law nie, aku beli barang tapi aku kena tanggung kos sedangkan aku pembeli n da hak untuk dapatkan tempoh WARRANTY barang milik aku sekurang-kurangnya 3bulan hingga 1 tahun. PEMBELIAN SECARA ONLINE DI INTERNET TERNYATA TIDAK BOLEH DIPERCAYAI DAN TIDAK SAH!

Diatas kerosakan Powerbank milik kawan aku nie, aku x berhasrat untuk membuat pemulangan kepada pihak pembekal kerana tidak mempercayai lagi prinsip penjualan barang-barang di FACEBOOK. Aku menanggung kos untuk membayar balik duit kawan aku dan sanggup menghabiskan duit aku selepas nie untuk membaiki semula Powerbank terbabit.




POWERBANK AKU BELI KUALITI AGAK MEMUASKAN, LAMPU LED BERNYALA KETIKA CAS SAHAJA. UNTUK CAS KUASA DARI POWERBANK KE SMARTPHONE AKU CUMA PERLU SAMBUNG WAYAR USB SAHAJA. BUTANG 'ON' SEKADAR HIASAN!


POWERBANK AKU BELI TAK DA KUALITI, 90% ROSAK, LAMPU LED BERNYALA KETIKA CAS SAHAJA. APABILA CAS SMARTPHONE KE POWERBANK TIADA PERUBAHAN APABILA WAYAR DISAMBUNGKAN.
SANGAT MENGECEWAKAN.



Tuesday, May 28, 2013

Trends Tablet & Internet (Low Prices)

Sekarang kat tempat keja aku tengah kecoh kwn-kwn aku pakat-pakat dok beli sim kad broadband RM25. Maklum la kawan aku si Wan nie dia dok tgh promote, masa awal-awal dia promote sim kad broadband RM25 nie semua orang xmau beli sbb bukan 1 keperluan bagi depa semua. Tapi lepas seorang-seorang beli tablet, baru la depa teruja nak beli, hehe.

1. Kenapa ramai orang beli smartphone dan tablet sekarang?
    Teknologi sudah semakin maju dan harga bagi semua gadjet-gadjet ini pula semakin berpatutan, ditambah   pula dengan bantuan rebat RM200 oleh Kerajaan Malaysia pasti membuatkan semua orang teruja untuk membeli gadjet-gadjet yang semakin hangat di pasaran sekarang.

2. Perkara paling penting kepada pengguna-pengguna gadjet?
    Tidak sah jika memiliki sebuah smartphone, tablet mahupun laptop tanpa internet. Dengan internet, pengguna dapat bermain facebook, download game di store dan melayari internet.

3. Faktor yang mempengaruhi pengguna menggunakan internet broadband?
    Faktor utama pengguna menggunakan internet broadband ialah keperluan, faktor kedua pula ialah harga $$, faktor yang ketiga pula ialah kelajuan internet, faktor keempat pula ialah liputan internet, faktor kelima kuota had internet.

4. Kelebihan gadjet masa kini?
    Gadjet masa kini ternyata menjadi barang dan sahabat paling berharga bagi pengguna kerana ia dapat brkomunikasi, bermain game, melayari internet, bergambar, aplikasi GPS, e-mail, akses dokumen dan bermacam-macam lagi yang kita boleh dapati dia store.





DiGi Internet Prepaid (Website)
Aku pun x ketinggalan juga selepas melihat kawan-kawan aku semua sibuk dengan gadjet masing-masing, jadi aku telah membuat pilihan untuk membeli broanband berjanama D-LINK berharga RM99, walaupun kebanyakkan penyedia talian komunikasi menawarkan pelbagai pelan bayaran internet serta modem usb broadband. aku tetap pilih D-LINK jugak sebab modem broadband nie boleh guna semua jenis sim kad (line). Untuk line internet lak aku beli sim kad DIGI berharga RM25 sebab berbaloi sebagai bakal student kt UniKL nanti, RM5 ja boleh guna untuk 2 hari tapi da had dia sebanyak 100Mb. Selebihnya kalau nak taw pelan internet broadband DIGI bleh klik terus kapsyen dibawah gambar di sebelah kiri untuk ke laman web. 

Tuesday, May 21, 2013

Kawan Aku Buat Loan ASB




Hari ini hari kedua aku ngan kawan aku Wan atau nama penuhnya Mohd Radhuan p Pejabat Pos  kat Sungai Petani. 2 hari kami berulang alik p Pejabat Pos 2, bukan apa kawan aku si Wan nie dia nak buat pinjaman ASB, pinjaman nie plak sebagai pelaburan dia kat ASB atau dikenali sebagai Amanah Saham Bumiputera yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad 
(PNB).
 Si Wan nie dia dah belajaq dari kesilapan dulu-dulu so sebagai nk cover balik kesilapan dia yang lepas2, kawan aku nie dah buat satu jumlah pinjaman yang agak besar bagi seorang remaja yang berusia 20an, jumlah yang aku bleh sebut kat sni bleh kata dalam angka 5digit atau bersamaan RMxx xxx.00 , hehe..

Tunggu sekejap, Pos Malaysia sediakan perkhidmatan pinjaman ASB ka? X, sebenarnya pada masa ini RHB Bank sudah membuka kiosknya di dalam pejabat Pos untuk pelanggan membuat pinjaman dan bayaran dalam tempoh masa hanya 10minit. 

Kalau nak tahu selebihnya mengenai pinjaman-pinjaman yang disediakan oleh pihak bank RHB anda boleh la melayari laman web dengan klik pada link ini http://www.rhb.com.my/ atau layari laman web RHB Bank untuk pinjaman mudah dan segera di sini http://www.rhb.com.my/easy/main.html sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut anda juga boleh datang ke pejabat Pos Malaysia berhampiran kawasan anda. 


So kepada remaja-remaja di luar sana yang tidak mempunyai aset2 atau masih menganggur elok la memikirkan masa depan anda bermula dari sekarang dan jangan menyesal pada suatu hari nanti. Buatlah pilihan yang bijak untuk masa depan anda nanti. 

My New Smartphone :)


Smartphone aku yang terbaru, aku beli fon nie masa 2 harga dia ngam2 RM800. Tarikh beli fon nie plak memang senang nak ingat sampai bila2 7/1/2013, hahaha. Aku beli fon nie guna duit gaji aku bulan 12/2013 punya tapi besa la keja kilang ja masok gaji pun lambat sket. Aku memang minat gila fon nie sebab sebelum nie pn aku pakai fon Sony jugak tp model cokia ja model J108i a.k.a Cedar, hehe.

Berbalik kepada fon Sony Xperia J tadi, spesifikasi2 fon yang buat aku suka gila bukannya apa, skrin dia memang puas hati aku 4inci 2 bro, nak taip mesej pn senang, nak tengok video pn bes, gambar lak memang terang n jelas lepas tangkap gambar. Fon Xperia J nie kamera dia buleh tahan jugak la, 5 megapiksel siap dengan flash n auto fokus cuma tangkap gambar waktu malam agak kurang jelas kerana cahaya biasan flash 2 sendiri. Sound fon nie lak mantap dengan adanya Xloud, bg aku perbandingan fon Xperia J ngan Cedar agak ketara sebab sound Cedar memang tenggelam kalau duduk di tempat yang bising.

Fon Xperia J nie pn disertakn ngan kamera hadapan dengan spek VGA klu x silap aku, tp xbleh bt video call cuma untuk tgkp gambar n rakam video face ja. TAPI tunggu dulu, apps WECHAT yg buleh download secaara percuma kt Play Store menyediakan perkhidmatan live call. Live call nie lak free ja klu kita bleh connect internet guna wifi x pun internet fon berbayar. WECHAT besst der!



By the way, sebelum aku beli fon Sony Xperia J aku minat jugak fon Samsung S Advance tp harga mahal sket la dri fon Xperia J yg penting Sony lg bagus selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat a.k.a ????? (hehe) Nur Haniz.sahabat a.k.a ????? (hehe) Nur Haniz. 

Penguat Semangat Aku, hehe..




Nie la sebab-sebab aku bersemangat sangat3 nak belajar kt Unikl, walaupun x fames cm IPTA tp Unikl nie da kelas yg tersendiri. Unikl Mitec sendiri dah bg sebab-sebab yang munasabah untuk semua lepasan SPM, STPM, Matrikulasi n Diploma seperti di bawah:


Sebab Mengapa UniKL-MITEC Adalah Salah satu Pilihan 
  • Salah satu universiti paling pesat berkembang dan paling inovatif di Malaysia.
  •  Program ini telah direka selaras dengan keperluan industri.
  •  Disasarkan untuk menghasilkan graduan yang boleh dipasarkan.
  • Disenaraikan di peringkat 5 dalam (SETARA), 2010.
  •  Terletak di Bandar Seri Alam Johor, yang dikenali sebagai Kota Ilmu di Wilayah Pembangunan Iskandar.
  • Semua program telah diiktiraf oleh MQA dan JPA.
  • Program yang ditawarkan telah tertanam dengan pensijilan profesional seperti CILT dan Six Sigma.
  • 80% pensyarah mempunyai industri yang luas dan pengalaman mengajar.
* Sebahagian ayat-ayat diatas telah diterjemah menggunakan Google Translate.

Monday, May 20, 2013

UNIKL MITEC offer letter 2013

Yes! aku akhirnya dapat Jgak jadi pelajar U, xkisah la walauPUN ipta @ ipts. Yang penting dapat capai matlamat selepas STPM dan sambung Ijazah di UNIKL MITEC..



UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGY (UNIKL MITEC)
JALAN PERSIARAN SINARAN ILMU BANDAR SERI ALAM
81750 MASAI
TEL: 07 - 381 2400  FAKS: 07 - 381 2500     
         
 
XXXXXXXXXXXXXXXXXX (xxxxxx-xx-xxxx)
000 LORONG MMMMMMM,
TAMAN YYYYYYYYY
121212 QQQQQQQQQ
KEDAH

 
Surat ini dicetak oleh komputer dan tidak memerlukan tandatangan
 
                                                      
Saudara/ ri,

TAWARAN KEMASUKAN BAGI SEMESTER 

Tahniah! Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda untuk melanjutkan pengajian di Universiti Kuala Lumpur
(UniKL) telah berjaya
. Butiran program yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Program   :    BACHELOR OF INDUSTRIAL LOGISTICS (HONOURS)
                     KPT/JPS(KA 9067)09/13, MQA A 9067
                                                 
Tempoh   :     4 TAHUN (DARI SEPTEMBER 2013 HINGGA JANUARI 2017)            
Tempat Pengajian :      UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL                     & Tempat Mendaftar   TECHNOLOGY JALAN PERSIARAN SINARAN ILMU
                                   BANDAR SERI ALAM 81750 MASAI          
Tarikh   :     SEPTEMBER 2013 
                  01-SEP-13 (MASA: 09:00 AM - 01:00 PM)

Sekiranya anda menerima tawaran ini, anda diminta:
a) Membuat bayaran penerimaan RMxxx (tidak dikembalikan) dimana-mana cawangan CIMB BANK. Sila rujuk
 
Panduan Mengisi Slip Bank untuk maklumat cara bayaran.
b) Mencetak Borang Jawapan Penerimaan Tawaran dan mengembalikan ia bersama dengan salinan slip kemasukan 
bank bagi bayaran penerimaan RMxxx bersama-sama dengan dokumen berikut:
i. Salinan Kad Pengenalan (disahkan benar)
ii. Salinan SPM (disahkan benar) 
UNIKL/AAD/OL2/Q12/42013(18)
Tarikh: 22-MAR-13
iii. Salinan STPM / keputusan setiap semester bagi pengajian di peringkat sijil / diploma (disahkan
benar) 
iv. Surat Pengesahan Tamat Pengajian (sekiranya belum menerima keputusan akhir pengajian) / Surat
Pengesahan Akan Tamat Pengajian (bagi pelajar Semester Akhir) 

Tawaran ini dianggap terbatal sekiranya:
a) Pihak Universiti tidak menerima apa-apa jawapan sebelum atau pada 
b) Anda tidak hadir mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan setelah menerima tawaran ini tanpa kebenaran 
08-APR-13
UniKL.

Harap ambil perhatian bahawa tawaran ini adalah berdasarkan maklumat yang anda berikan semasa memohon. Pihak
Universiti berhak menarik balik tawaran ini sekiranya anda didapati memberi maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat
kemasukan yang ditetapkan.
 
Anda dinasihatkan untuk membaca Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baru dengan teliti dan melengkapkan Dokumen
Pendaftaran Pelajar Baru sebagai persediaan hari pendaftaran. Sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti 
Kuala Lumpur                                                             atau email ke admission@unikl.edu.my sekiranya anda ingin
mendapatkan maklumat lanjut.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda di Universiti Kuala Lumpur.  Selamat Maju Jaya.
 
- UNIKL MITEC (Tel: 07 - 381 2400)
PROFESSOR DR. KHAIRANUM BINTI SUBARI
DEKAN
UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGY
Q12/42013(18)





Permulaan untuk tahun 2013

fuyoo..lma gila aku x buka blog aku nie. Yang aku ingat last aku aktif jd blogger msa form 6 dlu la tahun 2011. Masa 2 dok gila update blog bab dpt lappy free sumbanga Kerajaan Malaysia, so apa lg kwn2 aku yg form 6 skali ngan aku pn smua dok pakat gila jd blogger, masing2 dok lawan blog sapa plg ramai follower n blog plg stail. Hurm, kadang2 rindu pn ada jgak msa zaman form 6 maklum la tingkatan terakhir peringkat sekolah, memang xdpt dinafikan laa. Actually, da kwn2 zman skolah yg aku masih contact lg n da jgak yg aku x contact dh, maklum la masing2 bwk haluan sendiri. Dalam hati, aku sentiasa teringat bila la bleh bt reunion ngan kwn2 form 6 dlu, urmmm seperkara lg aku orang paling suka klu member2 aku blik cuti masa semester u, kami rajin bt bbq, kluaq jalan2, makan2 n tgk wayang. Setakat nie aku nk update blog aku, bkn apa aku kering idea mungkin lain kali byk lg idea2 n kenangan yg aku akan cerita kn kt sni, TAMAT.