Sunday, June 16, 2013

JANGAN BELI BARANG ONLINE DI FACEBOOK!

ELAKKAN MEMBELI BARANGAN SECARA ONLINE DI FACEBOOK!!!

1. TIADA RESIT PEMBELIAN
2. TIADA JAMINAN KUALITI 
3. TIADA ALAMAT KEDAI ATAU SYARIKAT PEMBEKAL
4. TIDAK DIDAFTARKAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
4. RISIKO PENIPUAN ATAU PENYAMARAN
5. BELI DAHULU DAPAT KEMUDIAN..DOT...DOT..DOT...
6. IMEJ PRODUK MUNGKIN BERBEZA SELEPAS PEMBELIAN


Assalamualaikum, aku nk bincangkan bersama blogger2 sekalian mengenai Risiko Pembelian Online Di Facebook. Terdahulu ingin aku maklumkan kepada semua yang aku adalah seorang pekerja di sebuah kilang sebagai pekerja QA/QC Inspector, tugas aku sebagai seorang QA/QC banyak memberikan cabaran dan tekanan kepada diri aku sendiri dan orang disekitar aku. Cara kerja aku sebagai QA/QC memang nampak mudah ditempat kerja, berjalan berlenggang sahaja pada waktu lapang tapi di sebalik itu banyak benda yang perlu aku jalani setiap hari di tempat kerja, berdepan dengan kualiti produk, ragam manusia, waktu rehat, rungutan dari pelanngan, arahan daripada orang atasan, cuaca yang tidak menentu, fizikal badan, dan bermacam-macam lagi aku tempuhi. Apa kaitannya dengan RISIKO PEMBELIAN ONLINE DI FACEBOOK???

JAWAPANNYA SAYA ULANG SEKALI LAGI


ELAKKAN MEMBELI BARANGAN SECARA ONLINE DI FACEBOOK!!!

1. TIADA RESIT PEMBELIAN
2. TIADA JAMINAN KUALITI 
3. TIADA ALAMAT KEDAI ATAU SYARIKAT PEMBEKAL
4. TIDAK DIDAFTARKAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
4. RISIKO PENIPUAN ATAU PENYAMARAN
5. BELI DAHULU DAPAT KEMUDIAN..DOT...DOT..DOT...
6. IMEJ PRODUK MUNGKIN BERBEZA SELEPAS PEMBELIAN


YA! Memang ada kaitannya dengan isu yang aku nk ceritakan disini, sebagai seorang yang obses dengan gadjet moden pada masa ini, aku pantang sangat tengok barang-barang yang canggih berada di pasaran. Ceritanya bermula pada suatu hari aku telah menerima undangan untuk menghadiri acara secara maya di Facebook, ia bukan suatu perjumpaan tetapi ia adalah tempat di mana semua orang menyertai acara pembelian barang-barang secara ONLINE menerusi akaun Facebook anda. Di acara Facebook ini aku telah diundang oleh seseorang yang tidak dikenali untuk menyertai acara tersebut, pada mulanya aku agak was-was dengan acara ini namun setalah diamati satu persatu halaman Facebook (Facebook Page) aku berasakan suatu kelainan apabila acara tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ribuan rakyat Malaysia dari seluruh negeri. Berbagai jenis jualan dipamerkan menerusi gambar dan kata-kata yang manis serta memikat hati. Pada acara tersebut Skroll Mouse aku terhenti di suatu tempat, mata aku amat teruja selepas mengamati gambar tersebut, sudah lama aku mengidamkan aksesori telefon yang mahal untuk telefon aku ini, walaupun smartphone aku tidak setanding IPhone tetapi jika memiliki aksesori terbut pasti ia adalah sesuatu yang amat menarik. Powerbank, itulah aksesori telefon yang menjadi tarikan peminat gadjet pada masa kini. Powerbank merupakan gadjet yang agak jarang didapati di sekitar kawasan aku, pernah aku ternampak powerbank dengan 7000mAh sahaja tetapi harganya mencecah Ringgit Malaysia 250.00 dijual. Dengan hati yang bergelora pada ketika itu aku abaikan niat untuk membeli powerbank tersebut dengan bajet yang tidak seberapa, tetapi apabila aku ternampak promosi Powerbank bernilai kurang dari RM100, fokus aku terus berkata aku perlu membeli aksesori ini sebagai alat bantuan kecemasan ketika bateri smartphone aku habis diluar kawasan.

Aku segera menghubungi penjual Powerbank tersebut untuk mendapatkan kepastian, ternyata pertanyaan aku tersebut berbalas juga, aku mendapat respond yang baik. Urusan pembelian Powerbank aku akhirnya dilangsungkan keesokkan harinya selepas pulang dari kerja, 2 atau 3 hari selepas itu aku menerima barangan yang dipesan tetapi dengan penjelasan yang agak meragukan, sebagai pekerja QA/QC inspektor aku mula tidak sedap hati dengan kata-kata yang diucapkan oleh penjual tetapi sifat aku sendiri yang suka akan risiko aku memberanikan diri untuk menerima syarat-syarat yang diperakukan olehnya.

Powerbank yang aku terima setelah 2 @ 3 hari aku pesan agak memuaskan hati aku, aku dapat bagi 6/10 markah sahaja. Ya, aku akui yang pembelian aku pada dasarnya memang salah tapi sekadar mencuba itulah sifat aku, aku menanggung risiko sekiranya ditipu, berbagai2 gambaran bermain dalam fikiran aku, adakah aku akan menerima Powerbank seperti yang aku lihat di halaman Facebook atau gimik sahaja?? Syukur Alhamdulillah, aku tidak ditipu tetapi dari segi kualiti memang aku kelaskan dalam kategori 'REJECT'! Butang ON/OFF tidak berfungsi seperti yang diimpikan, untuk transfer power dr powerbank ke smartphone aku cuma perlu connect sahaja kedua-dua barang tersebut menggunakan wayar USB. Butang ON/OFF ibarat suis lampu sekiranya aku nak on lampu LED!

Selepas menerima pesanan barangan tersebut, seorang kenalan aku juga berminat untuk membeli Powerbank tersebut. Aku yang tengah excited terima barangan, tanpa berfikir panjang menerima wang untuk membeli sebuah Powerbank seperti aku juga. Selepas beberapa kali mencuba Powerbank tersebut aku masih lagi teruja lantas menghantar pesanan ringkas kepada penjual tersebut untuk membuat 1 lagi tempahan. Pada mulanya, aku sangkakan pesanan yang aku minta sama seperti Powerbank yang aku terima, tapi selepas berbincang dengan penjual tersebut dia memberitahu yang stok untuk barang tersebut telah habis, dia  menawarkan kepada aku Powerbank yang kuasanya sedikit rendah tetapi pada harga yang sama dan warna seperti yang dipesan. Akan tetapi selepas beberapa kali berbincang, ia bagaikan trick oleh pihak penjual seperti 'CLEARANCE STOCK' dengan menyatakan powerbank yang aku pesan tiada warna seperti yang aku jangkakan, so sekali lagi aku terima Powerbank tersebut dengan POWER yang sedikit rendah berbanding power Powerbank milik aku cth: Powerbank aku power 15000xx tapi power Powerbank kawan aku nie sedikit rendah la dengan cth 13000xx..

TRICK PENJUAL FACEBOOK
1. STOK
2. HARGA
3. PILIHAN
4. BELIAN

Dalam masa 4 @ 5 hari selepas pesanan tersebut aku terima, aku amat teruja sekali lagi, sebagai orang yang gila gadjet aku x pasal-pasal buka bungkusan Powerbank yang kwn aku minx beli tu, dah lumrah hidup aku keja QC kilang, memang tabiat aku pun dok test kualiti barang sebelum ACCEPT sesuatu barang, hehe. Tapi alangkah terkejutnya aku bila aku test powerbank yang baru diterima, langsung tidak berfungsi seperti yang aku harapkan. Hah! Geramnya AKU!!! @#$%&* ...walaupun Powerbank yang milik aku berfungsi selepas disambungkan menggunakan wayar USB, tetapi lain pulak dengan Powerbank milik kawan aku nie, selepas di sambungkan wayar USB dari powerbank ke smartphone, ia langsung x brfungsi.

Aku terus menghantar mesej di akaun Facebook milik penjual terbabit yang pada ketika itu sedang ONLINE, keadaan aku pada masa itu amat mengecewakan apabila dia terus OFFLINE  Facebook miliknya. Aku mula gelisah dengan situasi, barangan yang aku order tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Pada malam tersebut, penjual terbabit mula membalas mesej di akaun Facebook milik aku. Dia menyatakan bahawa mungkin Powerbank aku mempunyai masalah tetapi tidak menyatakan untuk menukarkan Powerbank aku dengan yang baru, selang beberapa minit barulah dia menyatakan bahawa pembekalnya dapat menggantikan Powerbank aku dengan yang baru, tetapi kos penghantaran Powerbank aku kepada pembekalnya metilah ditanggung pihak aku, apa kejadah law nie, aku beli barang tapi aku kena tanggung kos sedangkan aku pembeli n da hak untuk dapatkan tempoh WARRANTY barang milik aku sekurang-kurangnya 3bulan hingga 1 tahun. PEMBELIAN SECARA ONLINE DI INTERNET TERNYATA TIDAK BOLEH DIPERCAYAI DAN TIDAK SAH!

Diatas kerosakan Powerbank milik kawan aku nie, aku x berhasrat untuk membuat pemulangan kepada pihak pembekal kerana tidak mempercayai lagi prinsip penjualan barang-barang di FACEBOOK. Aku menanggung kos untuk membayar balik duit kawan aku dan sanggup menghabiskan duit aku selepas nie untuk membaiki semula Powerbank terbabit.




POWERBANK AKU BELI KUALITI AGAK MEMUASKAN, LAMPU LED BERNYALA KETIKA CAS SAHAJA. UNTUK CAS KUASA DARI POWERBANK KE SMARTPHONE AKU CUMA PERLU SAMBUNG WAYAR USB SAHAJA. BUTANG 'ON' SEKADAR HIASAN!


POWERBANK AKU BELI TAK DA KUALITI, 90% ROSAK, LAMPU LED BERNYALA KETIKA CAS SAHAJA. APABILA CAS SMARTPHONE KE POWERBANK TIADA PERUBAHAN APABILA WAYAR DISAMBUNGKAN.
SANGAT MENGECEWAKAN.