Hari ini hari kedua aku ngan kawan aku Wan atau nama penuhnya Mohd Radhuan p Pejabat Pos kat Sungai Petani. 2 hari kami berulang alik p Pejabat Pos 2, bukan apa kawan aku si Wan nie dia nak buat pinjaman ASB, pinjaman nie plak sebagai pelaburan dia kat ASB atau dikenali sebagai Amanah Saham Bumiputera yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad
(PNB).
Si Wan nie dia dah belajaq dari kesilapan dulu-dulu so sebagai nk cover balik kesilapan dia yang lepas2, kawan aku nie dah buat satu jumlah pinjaman yang agak besar bagi seorang remaja yang berusia 20an, jumlah yang aku bleh sebut kat sni bleh kata dalam angka 5digit atau bersamaan RMxx xxx.00 , hehe..
Tunggu sekejap, Pos Malaysia sediakan perkhidmatan pinjaman ASB ka? X, sebenarnya pada masa ini RHB Bank sudah membuka kiosknya di dalam pejabat Pos untuk pelanggan membuat pinjaman dan bayaran dalam tempoh masa hanya 10minit.
Kalau nak tahu selebihnya mengenai pinjaman-pinjaman yang disediakan oleh pihak bank RHB anda boleh la melayari laman web dengan klik pada link ini http://www.rhb.com.my/ atau layari laman web RHB Bank untuk pinjaman mudah dan segera di sini http://www.rhb.com.my/easy/main.html sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut anda juga boleh datang ke pejabat Pos Malaysia berhampiran kawasan anda.
So kepada remaja-remaja di luar sana yang tidak mempunyai aset2 atau masih menganggur elok la memikirkan masa depan anda bermula dari sekarang dan jangan menyesal pada suatu hari nanti. Buatlah pilihan yang bijak untuk masa depan anda nanti.
No comments:
Post a Comment