Saturday, June 20, 2015

Keliru Nak Sambung Belajar Mana? Baca sini...


Entri nie cuma nk cerita kpd pembaca blog klu2 ada yg keliru nk sambung belajar kt mana lepas SPM, huhu. Ulasan nie diterjemahkan dari pengalaman diri aku sendiri shj, terpulang kpd diri masing2 nk terima atau tak, hehe.


Klik gambar nie klu nk lagi besar, ok!


Rata student yang lepas abes study SPM @ STPM kadang2 keliru nk pilih tempat belajar mana yg sesuai dengan minat n keperluan pasaran, n ada jugak yang keliru nk sambung belajar atau x sebab result x cemerlang, rilex guys, peluang masih ada...


Kalau dilihat kepada gambar kt atas, itu antara flow utk continue study bg mereka yg masih terumbang-ambing psl result, loan n tempat belajar. Kalau nk diringkaskan cerita berdasarkan pengalaman aku, lepas SPM aku sambung ke STPM tapi masa STPM dulu aku dapat surat tawaran dari Politeknik Seberang Perai, kos Diploma Logistik dan Rantaian Bekalan, tapi aku terpaksa tolak sebab masalah kewangan.


Bagi mereka yang ada result cemerlang dan kurang berkemampuan, IPMA (Institut Pengajian MARA) ada tempat utk mereka yang tak dapat lanjutkan pelajaran ke UA (Universiti Awam a.k.a IPTA), Antara institut bwh MARA seperti Giat MARA, IKM, KPTM, KPM, GMI dan UniKL.


Kalau nk sambung belajar buat diploma under MARA, boleh la pilih institut samada IKM, KPTM, KPM, GMI n UniKL. Yang membezakan semua institut nie, ada insitut yang tawar diploma n ijazah, n ada yang fully support MARA n loan MARA.


Dalam gambar 2 terlupa plak letak KMKN (Kolej MARA Kuala Nerang), institut under MARA sebagai persediaan untuk sambung degree.


So kalau ada yang risau x dapat UA nie jgn la frust sgt, still ada tempat nk smbg belajar. Dalam kelas n kos aku pn ada ja budak pandai2 yg sambung kt UniKL walaupun result gempak, cuma belajar kt UniKL nie kelebihan dia, kos yang ditawarkan memang untuk pasaran pekerjaan semasa.


Kalau ada yang berminat dengan bidang perkapalan, penerbangan, perubatan, perkomputeran, kejuruteraan, n sewaktu dengannya, apa salahnya kalau survey Unikl, sebab UniKL ada fasiliti dia sendiri mcm kapal, kapal terbang, makmal, gudang berteknologi dan mcm2 lagi. Semuanya pelajar dapat rasai sendiri..hoho!


Kalau ada sebarang pertanyaan, tinggalkan ja komen kt bawah tu @ klik dekat atas 'about me'...

7 comments:

  1. Replies
    1. Kalau ptptn habis belajar. Mostly kena bayar balik and ad bunga..kalau loan mara atau pinjaman mara ni. Kalau kita dapat pointer bagus mara akan convert to tajaan. Banyak kelebihan bila kita sambung beljar ngn mara ni.

      Delete
  2. good share dik.smoga trus sukses..anyway..jika ada adik2 yg perlukan advice-sis sudi bantu-melalui pengalaman sis-nak tye psl program childhood education/art/or logistik bole wsp sis 011-16930576 ya

    ReplyDelete
  3. Saya dapat diploma sains komputer uitm dan diploma network security GMI. Yang mana terbaik umtuk saya.?

    ReplyDelete
  4. Susah ke ambek course logistik ni.saya ni lah tak seberapa nak speaking😔

    ReplyDelete
  5. hai adik adik.yg mana nak tau psl bidg logistik atau software engineering can wspm madam k..i bantu bg info 0166371460...

    ReplyDelete